REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

 See the source image

 SEMESTER 1 SESI 2021/2022

KPF3012

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR


TAJUK


  REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

                                                       DISEDIAKAN OLEH


NAMA

NO MATRIK

SUB TAJUK

NUR SYAFINAZ BINTI ROSLAN

D20211099288

A. Analisis reka bentuk kurikulum,pola kurikulum dan otientasi kurikulum yang dilaksanakan dalam kurikulum kebangsaan.

NURSHAFIQA AMALINA BINTI ABD HALIM

D20211099289

B. Analisis prinsip organisasi dalam reka bentuk kurikulum standard kebangsaan dari dimensi vertikal dan dimensi horizontal.

NUR AIN BINTI BAJURI

D20211099290

C. Aplikasi Model Kurikulum Tyler ke arah membina pengalaman pembelajaran dalam kalangan pelajar.

KHAMALIYA ADILA BINTI KHALIZAN

D20211099291

D. Reka bentuk kurikulum kebangsaan dan penterjemahannya dalam sistem pendidikan di Malaysia.



 

 

 A . ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM,POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN.

 


TUJUAN REKA BENTUK KURIKULUM

-Reka bentuk kurikulum : Suatu alternatif dalam merangka (designing) , menerapkan (implementation) dan menilai (evaluation) suatu kurikulum.    (Tyler ,1949)

Reka  bentuk kurikulum menumpukan kepada usaha dengan mana sesuatu kurikulum itu dibina atau direka cipta, terutama dalam menyusun atur bahagian-bahagian yang terdapat dalam perancangan kurikulum.Istilah reka bentuk kurikulum yang kadang kala dipanggil juga sebagai organisasi kurikulum – merujuk kepada penyusunan komponen-komponen dalam sesebuah kurikulum agar menjadi satu entiti yang tersendiri dalam menyelesaikan satu perkara atau isu yang penting. Jenis reka bentuk yang dipilih oleh seseorang guru bergantung kepada pendekatan kurikulum dan pegangan falsafahnya.


         


(i) Kurikulum Berpusatkan Pelajar.
  
 Reka bentuk kurikulum berpusatkan pelajar bertujuan untuk memperkasakan potensi pelajar dan membolehkan mereka membentuk pendidikan melalui pilihan malah lebih fokus.Pelan pengajaran dalam kurikulum berpusatkan pelajar dibezakan, memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tugasan, pengalaman belajar atau aktiviti. Ini dapat memberi motivasi kepada pelajar dan membantu mereka terus terlibat dalam bahan yang mereka belajar.Reka bentuk kurikulum berpusatkan pelajar mengambil kira keperluan, minat, dan tujuan individu. Dalam erti kata lain, ia mengakui bahawa pelajar tidak seragam dan menyesuaikan diri dengan keperluan pelajar.Reka bentuk kurikulum dapat melahirkan pelajar yang bersifat terbuka untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum.

(ii) Kurikulum Berpusatkan Akademik.

Kurikulum berpusatkan akademik bertujuan menekankan pengetahuan , nilai dan warisan budaya. Sebagai contoh, reka bentuk mata pelajaran yang pelbagai-pelbagai.Selain itu, Reka bentuk kurikulum yang berorientasikan subjek ini meliputi perkara atau disiplin tertentu.. Reka bentuk kurikulum jenis ini cenderung menumpukan pada subjek dan bukan individu .Kurikulum berpusatkan akademik dapat memberikan fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek.Dalam kurikulum teras, guru disediakan senarai kandungan yang mereka perlukan untuk mengajar pelajar mereka, bersama dengan contoh spesifik bagaimana perkara-perkara ini harus diajar juga boleh dilihat berpusatkan subjek di institusi pengajian tinggi di mana tenaga pengajar juga memberi tumpuan kepada subjek atau disiplin tertentu. Ia berfokuskan kepada penglibatan proses mengingati dan memahami serta diajarkan secara terpisah iaitu secara tersusun mengikut topik dan berlandaskan hubungan antara disiplin ilmu.

(iii) Kurikulum Berpusatkan Masyarakat. 

Kurikulum berpusatkan masyarakat berdasarkan kepada kesejahteraan.Selain itu, ia berasaskan pemikiran bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama dan menjalani kehidupan yang adakalanya mempunyai konflik.  Isu kurikulum yang berbentuk masalah sosial atau persekitaran iaitu yang pertama adalah mendatar yang merentas pelbagai disiplin ilmu . Yang keduanya ialah menegak iaitu keupayaan dalam menyelesaikan masalah. Kurikulum juga mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial dan alam sekitar. Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL). Murid mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti,memahami,menganalisis dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.

(iv) Kurikulum Eklektik .

Gabungan keseluruhan kurikulum iaitu berorientasikan pelajar , akademik dan  masyarakat ia menekankan ilmu dan keterampilan dalam menampakkan potensi individu dalam menangani masalah.



POLA REKA BENTUK KURIKULUM



  • Kurikulum Sebagai Perancangan 
Kurikulum yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah penting untuk dilaksanakan oleh setiap pendidik. Pendidik mesti mentafsir ,menterjemah dan melaksanakannya berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran  (DSKP) sebagai panduan pengajaran. Rancangan pengajaran perlu berpandukan topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus , yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran.

  • Kurikulum Sebagai Objektif . 
Objektif ditetapkan selaras dengan keperluan murid , masyarakat pandangan pakar dalam bidang berkenaan berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan.

  • Kurikulum Sebagai Proses. 
Bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru , murid bahan dan pengetahuan.

  • Kurikulum Sebagai Hasil/Out Come.

 Kurikulum yang dapat melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, rohani ,emosi ,jasmani dan rakyat yang dapat memenuhi aspirasi negara.Sebagai contohnya, dapat menghasilkan pembelajaran yang mengikut domain kognitif ,afektif dan psikomotor.

 

 

B.ANALISIS PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL

 

Pengenalan

    Prinsip organisasi dalam reka bentuk kurikulum standard kebangsaan mempunyai lima prinsip utama yang disusun dalam dua dimensi iaitu dimensi vertikal(menegak) dan dimensi horizontal(mendatar). Prinsip adalah untuk menjadikan susunan kandungan kreatif dan menyeluruh bagi mencapai matlamat kurikulum seperti yang telah ditetapkan. Prinsip penyusunan kandungan dalam dimensi vertikal adalah prinsip kesinambungan dan prinsip urutan manakala prinsip penyusunan dalam dimensi horizontal adalah prinsip skop, prinsip integrasi dan prinsip imbangan.

 

Prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum 

 

DIMENSI VERTIKAL

       Dalam penyusunan kandungan, dimensi vertikal bermaksud susunan secara menegak. Dimensi vertikal adalah dimensi yang menggambarkan hubungan berkaitan dengan peraturan pengalaman belajar dalam bidang yang sama dan dikaitkan dengan pertimbangan urutan waktu dalam satu kelas ke kelas berikutnya dan dalam satu tingkat ke satu tingkat berikutnya. Prinsip-prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum yang terdapat dalam dimensi vertikal ialah prinsip kesinambungan dan prinsip urutan. 
 
  • PRINSIP KESINAMBUNGAN 

Prinsip kesinambungan bermaksud pemeringkatan ilmu kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fzikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatu kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai peringkat asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikan untuk meneroka pada tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan pelbagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.


  • PRINSIP URUTAN

Prinsip urutan bermaksud timbun-tambah ilmu, kemahiran, dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya setiap pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih dekat, meluas dan mendalam.


DIMENSI HORIZONTAL

     Dalam penyusunan kandungan, dimensi horizontal bermaksud susunan secara mendatar. Dimensi horizontal adalah kandungan pembelajaran untuk suatu subjek adalah sealiran dengan satu lagi subjek dari segi kandungan dan penilaian. Hasil yang sama akan dikumpulkan kepada satu topik yang lain dengan menentukan skop kandungan kurikulum secara sealiran. Ia juga adalah susunan kandungan daripada pelbagai matapelajaran yang sama untuk menjadi matapelajaran yang baru. Prinsip-prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum yang terdapat dalam dimensi horizontal ialah prinsip skop,prinsip integrasi dan prinsip imbangan.

 

  •  PRINSIP SKOP

Prinsip skop berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap murid menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif. Perkara yang penting yang perlu diberi perhatian dalam prinsip ini ialah kesediaan murid untuk belajar dan pengalaman murid. 

 

 

  • PRINSIP INTEGRASI

Prinsip integrasi menetapkan agar pengalaman dan pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh. Integrasi dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum iaitu bahasa melayu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif, dan keusahawanan.

 

 

  • PRINSIP IMBANGAN

Prinsip imbangan kandungan yang merujuk kepada kadar agihan , kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa yang diperuntuukan untuk sesi pembelajaran bagi murid-murid menguasainya.

 

 

C. APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR.

 

PEMBENTUKAN MODEL KURIKULUM TYLER

    Model Kurikulum Tyler memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan Pendidikan dalam kalangan murid-murid kerana menurut Tyler (1949),pemilihan pengalaman pembelajaran yang dilakukan dengan mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi pembelajaran yang dialami.

    Pengalaman pembelajaran adalah interaksi antara murid-murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran,penglihatan,perbuatan,kombinasi pendengaran dan penglihatan,penglibatan dan perbuatan.Pengalaman tersebut berbentuk konkrit dan mudah difahami oleh murid dalam pembelajaran mereka.

    Menurut Tyler,pemilihan isi kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancangan kurikulum perlu memilih subjek,kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan teknik pengajaran yang kreatif untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar di samping dapat menarik minat kepada subjek yang diajar. Hal ini dapat memotivasikan pelajar untuk mempelajari subjek dengan lebih mendalam.

LANGKAH/PERSOALAN REKABENTUK MODEL KURIKULUM TYLER


    Berdasarkan kepada empat persoalan dasar Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai? , Apakah pengalaman pendidikan yang membolehkan tujuan pendidikan dicapai? , Bagaimanakah pengalaman pembelajaran dapat diolah secara berkesan? dan Bagaimanakah dapat dipastikan tujuan pendidikan telah dicapai? .

    Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal proses pendidikan. Model ini membawa perubahan yang signisikan terhadap pola tingkah laku murid atau pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah. Kekuatan model ini adalah dalam pendekatan terhadap teori. 

    Kurikulum dan praktis model ini amat bersistematis dan mempunyai kekuatan untuk mengurus dengan membentuk objektif tingkah laku untuk menyediakan idea yang jelas terhadap hasil agar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapat dinilaikan hasil tersebut iaitu Objektif, Kandungan, Kaedah, dan Penilaian


1. APAKAH TUJUAN PENDIDIKAN YANG HENDAK DICAPAI? (Contoh: Sekolah)

Tujuan pendidikan merujuk kepada objektif atau hasil pembelajaran. Perkara ini berdasarkan keperluan murid yang lemah dan sederhana di sekolah dalam Bidang mata pelajaran atau kursus.Ini telah mendedahkan murid-murid ke dalam situasi bermasyarakat contohnya dalam pasaran pekerjaan dan patriotisme.


2. APAKAH BENTUK PENGALAMAN PENDIDIKAN YANG MEMBOLEHKAN TUJUAN PENDIDIKAN DICAPAI?

Pengalaman pendidikan yang akan diperoleh oleh pelajar adalah :

  • Spesifik
  • Sifat Eksplisit
  • Boleh diukur
  • Belandaskan Falsafah Pendidikan



3. BAGAIMANAKAH PENGALAMAN PEMBELAJARN DAPAT DIOLAH SECARA BERKESAN?

Pengalaman yang diperolehi secara berkesan adalah sangat penting untuk melibatkan pemilihan isi kandungan dan pengalaman pembelajaran iaitu aktiviti yang sejajar dengan tujuan pendidikan yang telah disediakan. Hal ini dapat membantu murid-murid suapaya dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang betul.


4. BAGAIMANAKAH DAPAT DIPASTIKAN TUJUAN PENDIDIKAN TELAH DICAPAI?

Bagi memeastikan tujuan pendidikan dapat dicapai dengan jayanya adalah dengan mempertimbangkan kepada bentuk formatif atau sumatif. Model penilain yang digunakan adalah content input, process dan product.Jenis-jenis instrument yang digunakan untuk mengutip data adalah dengan cara temubual dan ujian.



Berdasarkan huraian di atas, kita boleh rumuskan bahawa Model Tyler merupakan satu "ends-means model". Hal ini demikian kerana, product pengajaran(ends) merupakan tunjuan pendidikan. Perkara ini hendaklah ditentukan terlebih dahulu sebelum keadah pengajaran(means) . contohnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar dan sebagainya. 

Selain itu, ianya membawa implikasi bahawa model ini semata-mata berfokuskan kepada pencapain tujuan pendidikan iaitu hasail sahaja. Komponen-komponen yang lain seperti kandungan,pengurusan dan penilaian dianggap sekunder dalam proses pengajaran seperti kenyataan beliau:

" Objectives becomes the criteria y which materials are selected, content is outlined,instructional procedures are developed, and tests and examinations are prepared"

(Tyler 1949:3)


 

D.REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

 

REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.


KPM telah merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan. Tujuannya adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi mental, fizikal, rohani dan emosi. Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada 5 iaitu:


(a) Kurikulum asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak

 

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak bermatlamat untuk memberi asuhan dan didikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak serta menyediakan peluang pembelajaran yang dapat merangsang minda kanak-kanak dalam lingkungan umur lahir hingga 4 tahun. Kurikulum ini berfokus kepada pertumbuhan dan perkembangan holistik kanak-kanak daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


(b) Kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK)

 

KSPK bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Hal ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah.


(c) Kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR)

 

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ialah suatu program pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu dari segi struktur kandungan, pendekatan serta bahan pengajaran dan pembelajaran. Matlamat KBSR adalah untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai disepadukan dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum.


(d) Kurikulum standard sekolah rendah (KSSR)

 

(Dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2011 dengan murid Tahun 1)

 KSSR bermatlamat untuk memperkembang potensi individu murid secara holistik bagi melahirkan modal insan yang seimbang, harmonis, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran insaniah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran semasa dan abad ke-21. 


(e) Kurikulum bersepadu sekolah  menengah (KBSM)


KBSM bermatlamat memperkembang potensi individu secara holistik dengan mengambil kira kebolehan, keupayaan, minat dan bakat murid. Kurikulum ini juga menyediakan murid untuk melanjutkan pendidikan dan/atau untuk menceburi bidang pekerjaan.

 Antara strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah:

(a) Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak serta kurikulum prasekolah.

(b) Menggubal standard kandungan dan standard pembelajaran untuk setiap mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah.

(c) Menyediakn bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan kurikulum.

(d) Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara.

(e) Menyediakan, menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa  dan masa hadapan.



REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA


PERANAN PENDIDIK DALAM PERKEMBANGAN KURIKULUM

 

Menurut Ornstein & Hunkin (1993) konsep dan reka bentuk kurikulum bermaksud sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kurikulum yang direka perlulah mempunyai pelan dan struktur yang jelas dan didokumenkan supaya tidak terjadinya kekeliruan semasa melaksanakan kurikulum tersebut. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru yang mengajar kumpulan murid tertentu (Mohd Daud,1995)


Malaysia mempunyai sistem kurikulum berpusat dan proses pelaksanaan perkembangannya adalah secara top-down.Kurikulum kebangsaan mula disarankan sejak Penyata Razak (1956) membolehkan setiap pelajar sekolah di Malaysia mendapat ilmu kemahiran nilai dan budaya sebagai warganegara Malaysia.Kurikulum yang telah dibentuk kemudiannya akan didokumentasikan dan disebarkan keseluruh sekolah di Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah. Para pegawai di peringkat ini harus memastikan sebarang maklumat berkaitan 

kurikulum disebarkan dengan tepat dan jelas supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan guru-guru di sekolah. Hal ini supaya proses penyampaian kurikulum dapat berjalan dengan lancar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.

 Oleh itu, guru berperanan penting sebagai pelaksana penyampai kurikulum 

kebangsaan.Guru perlu menekankan tiga perkara dalam penyampaian perkembangan kurikulum iaitu :

 

I. Guru sebagai perancang - merancang dan menyediakan kurikulum.

II. Guru sebagai pelaksana - melaksanakan kurikulum melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

III. Guru sebagai penilai - menilai keberkesanan kurikulum (formatif [berterusan] dan sumatif [peringkat akhir sahaja]).



Jenis Kurikulum Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia


1. Kurikulum Formal

 

Kurikulum yang telah dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagai panduan kepada setiap pendidik yang telah diberi tanggungjawab agar melaksanakan pelajaran berpandukan  rancangan pengajaran. Proses merancang pengajaran merupakan sebahagian daripada proses kurikulum yang mengandungi himpunan subjek-subjek. Seterusnya rancangan pengajaran bagi satu unit pelajaran silibus untuk rancangan sesuatu subjek serta rancangan kerja bagi melengkapkan maklumat terperinci silibus bagi tempoh tahun persekolahan.

 

Kurikulum formal merupakan kurikulum tersurat (manifested curriculum) yang nyata, terancang dan mempunyai urutan. Kurikulum formal berfokus kepada objektif,matlamat, subject matter dan struktur pengajaran. Jenis kurikulum formal yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah seperti berikut :

 

Pra Sekolah


lUntuk murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun

lDirancang sebagai persediaan untuk sosialisasi pendidikan rendah

lUntuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan

lMenguasai kemahiran asas

lMemupuk sikap positif sebagai persedian masuk ke sekolah rendah

lMemperkembangkan daya kreativiti dan estetika menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

 

Sekolah Rendah


lMerupakan kesinambungan kepada pendidikan pra sekolah·

lDirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam bidang

asas

lPendedahan kepada membaca menulis, mengira (3M) serta pendedahan kepada

subjek-subjek lain (sains, kemahiran hidup,kajian tempatan, pendidikan moral)

lKurikulum ini dilaksanakan dari segi komunikasi, manusia dan alam sekeliling

serta perkembangan individu

lSesuai dengan keperluan minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan

murid-murid

lMurid-murid akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun akhir pengajian sekolah rendah, iaitu Tahun 6.

 

Pendidikan Menengah


lLanjutan daripada pendidikan sekolah rendah ke arah mengembangkan potensi

individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. (JERI)·

lMerangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai rohani,kemanusiaan,

kemasyarakatan, asas kewarganegaraan

lTerdapat tiga aliran utama dalam pendidikan menengah atas: - Aliran Akademik (Sains/Sastera) - Aliran Teknik dan Vokasional - Aliran Agama

lTerbahagi kepada dua peringkat :-

-Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 – Pendidikan Menengah Rendah

-Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 – Pendidikan Menengah Atas


lMempunyai 3 aliran utama :

 

- Aliran Akademik (Sains/Sastera)

- Aliran Teknik dan Vokasional

- Aliran Agama

 

Kurikulum Pendidikan Khas


lUntuk murid berkeperluan khas (masalah penglihatan, pendengaran dan

pembelajaran) dan murid pemulihan khas

lMenekankan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid ini

dapat melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi bagi membolehkan

mereka mendapat pekerjaan dan hidup berdikari

 


2. Kurikulum Tidak Formal

 

Kurikulum tidak formal merupakan pendidikan yang berlaku di luar bilik darjah/ tidak

dirancang. Ia melibatkan human variables yang tidak dikawal atau tidak mempunyai pelan berstruktur. Kurikulum tidak formal melibatkan interaksi sosial-piskologikal antara pelajar dengan guru, yang melibatkan perasaan, sikap dan tingkah laku.

 

Terdapat 2 jenis kurikulum tidak formal :


I. Ko-kurikulum


Aktiviti yang dilakukan di luar kuliah untuk menyokong kurikulum yang bertujuan untuk membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Aktiviti ko-kurikulum adalah seperti pasukan unit beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Kebiasaannya, aktivit ko-kurikulum diwajibkan kepada setiap pelajar.


II.Kurikulum Tersembunyi


Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak mempunyai penyataan bertulis. Ianya merupakan sebuah elemen yang perlu diambil kira semasa merancang dan merekabentuk kurikulum . Sebagai contoh, peraturan, nilai-nilai yang telah diterima masyarakat, kehidupan institusi, proses sosialisasi, pembudayaan, pengetahuan dan kemahiran dan sebagainya. Kurikulum tersembunyi ini lazimnya boleh diperolehi semasa proses pembentukan kanak-kanak daripada peringkat pra sekolah lagi. Kurikulum tersembunyi ini berpengaruh sebagai suatu komponen tambahan sambil melaksanakan kurikulum biasa.

 

 

PENTERJEMAHAN & PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN

 

Menurut Akta Pendidikan 1996 ,kurikulum kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan yang merangkumi semua pengetahuan ,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.


PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN


Penterjemahan kurikulum kebangsaan mengandungi proses yang melibatkan empat komponen yang saling berhubung iaitu :

 

I. Asas Pertimbangan Pembinaan Kurikulum

 

-Pembangunan negara

-Perkembangan individu

-Teori pembelajaran

-Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

-Empat Rukun Pendidikan

 

II. Peringkat Pelaksanaan Kurikulum

-Komponen mata pelajaran wajib

-Program-program khas

 

III. Amalan kurikulum bilik darjah

-Strategi Pengajaran dan pembelajaran

-Penilaian

 

IV. Hasil pelaksanaan kurikulum

-Pembangunan insan (individu)

-Pembangunan negara

 



Comments